30 September 2009

Tabahkan Hatimu kakakku

" Cik Ning dah masuk hospital kena bedah jap lg" masej dari Cikmah,

Cik Ning adalah panggilan untuk kakakku Rosnani (gambar) yang tengah mengandung enam bulan lebih. Sewaktu hari raya memang aku tengok memang tengah sarat, ikut kata ibuku mungkin dia akan bersalin tujuh bulan. Aku percaya kerana ibuku memang pakar dalam bidang orang perempuan ni.

"Dah selamat bersalin baby masuk ICU" ada lagi masej masuk, aku syukur dapat anak sedara lagi.

Namun sejam selepas itu "Baby dah meninggal" ada panggilan telefon memberitahuku, aku diam sambil mengucapkan takziah. Apa harus ku buat ingin telefon rasanya tak sesuai kerana fikirku mungkin fikirannya tengah bercelaru.

Esoknya pagi-pagi lagi aku telefonnya dihospital bertanyakan kabar tentang dirinya tanpa bertanyakan tentang anaknya, "baby tu dah meninggal, saya ok" katanya menberitahu tentang aruah anak lelakinya yang baru dilahirkan itu. Aku lega kerana kakakku dapat menerima takdir Ilahi dengan tabah. Tuhan lebih sayang padanya ujarku, Al-Fatihah.

Kerja selepas raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin, Setelah lebih seminggu bercuti sambil mengisi perut dengan perbagai juadah hari raya seperti ketupat, nasi himpit, nasi dagang, roti kuzi dan pastinya tidak ketinggalan bihun. Pengalaman pertama makan Nasi Kebuli dan makroni yang menjadi makan atlit kata Aman, telah menambahkan lagi berat badanku.

Ahh malasnye nak kerja.. isnin merupakan hari yang paling membosankan. Nasib baik aku kerja malam dapatlah aku berehat setelah memandu lebih 1600km di musim perayaan ini. Nada dering lagu raya Siti Nurhaliza menggangu tidurku "kau boleh masuk awal tak, aku mc" satu pertanyaan seakan arahan kedengaran. dalam keadaan separuh sedar aku mengiakan saja arahan itu.

"wtf apa lu orang kerja ni, seminggu shutdown apa bikin" kata-kata yang ingin aku luahkan setelah mengetahui masalah mesin yang membantutkan produktiviti kerja. Tetapi kusimpan saja kata-kata itu kerana amalan ramadhan yang mengajar erti kesabaran masih menebal didadaku.

Kita beruntung bekerja dinegara Malaysia yang berbilang kaum ini kerana dapat merayakan perbagai jenis perayaan yang pastinya dijadikan cuti umum."saya mahu tambah cuti ada hal" atau "Bos saya mc perut sakit makan rendang" diantara alasan yang menyebabkan majikan lebih sayang pekerja asing.

ps : hari isnin rasa malas, hari apa kau rajin?

26 September 2009

Permulaan Era

Dengan semangat yang diberikan oleh anak-anak buah ku, aku terus bersemangat untuk mencipta blog. Sebelum ini aku minat baca dan komen karangan blog dari nama-nama besar tokoh blog dalam negara.
Bagiku apa yang tertulis dalamnya adalah berdasarkan pengalaman atau kisah hidup penulisnya sendiri, tak kurang juga meluahkan rasa ketidak puasan hati yang terbuku didada. Tidak kira samada kita penyokong kerajaan 1 Malaysia atau pembangkang yang azali mahupun lalang renungkan apa yang dibaca sebelum bertindak.
Aku baru selangkah dalam melangkah kebidang blog ini, namun dalan berjalan mahupun merangkak akan aku cuba teruskan untuk berlari dan terus berlari laju macam Usin Bolt.