" Cik Ning dah masuk hospital kena bedah jap lg" masej dari Cikmah,
Cik Ning adalah panggilan untuk kakakku Rosnani (gambar) yang tengah mengandung enam bulan lebih. Sewaktu hari raya memang aku tengok memang tengah sarat, ikut kata ibuku mungkin dia akan bersalin tujuh bulan. Aku percaya kerana ibuku memang pakar dalam bidang orang perempuan ni.
"Dah selamat bersalin baby masuk ICU" ada lagi masej masuk, aku syukur dapat anak sedara lagi.
Namun sejam selepas itu "Baby dah meninggal" ada panggilan telefon memberitahuku, aku diam sambil mengucapkan takziah. Apa harus ku buat ingin telefon rasanya tak sesuai kerana fikirku mungkin fikirannya tengah bercelaru.
Esoknya pagi-pagi lagi aku telefonnya dihospital bertanyakan kabar tentang dirinya tanpa bertanyakan tentang anaknya, "baby tu dah meninggal, saya ok" katanya menberitahu tentang aruah anak lelakinya yang baru dilahirkan itu. Aku lega kerana kakakku dapat menerima takdir Ilahi dengan tabah. Tuhan lebih sayang padanya ujarku, Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan