21 November 2009

Cerita Bola : Dilema sebelum game

Walaupun final piala Malaysia dah berakhir namun tak terlambat rasanya aku ceritakan kisah bola buat kali ni. Sebenarnya aku berada dalam dilema untuk pergi ke stadium bukit jalil pada hari tu kerana pada hari yang sama ada satu kerja yang penting perlu aku selesaikan. Ahh aku buntu mana yang perlu aku dahulukan janji pada kerja atau bola.

Apa pun keputusan ku aku perlukan tiket, stadium paroi sasaran ku. Suasana disini tenang sahaja tidak seperti dikelantan yang perlu berasak-asak untuk dapatkan tiket. Lapan tiket dalam tangan, kalau jadi ulat tiket boleh kaya ni.

Setelah berbincang dengan tokey projek yang akan aku lakukan pada hari jumaat aku dapat keputusan kerja itu dapat ditangguhkan ahad baru mula, yes aku dapat ke bukit jalil tak perlulah aku tunggu 40 tahun lagi untuk tengok final. Terima kasih pak Aziz kerana faham akan semangat yang membara ini.

Baju dan mafla siap sedia dipakai dengan rasa bangga aku dan PokLan menuju ke bukit jalil. Dalam Perjalanan selepas makan tengahari di R&R Seremban satu kereta plat J dengan rasa megah mengibarkan bendera Kelantan membelah lebuh raya menuju haluan yang sama dengan ku. Wah kalau yang jauh dari johor mahupun kelantan sanggup datang apa pula aku yang hanya sejam perjalanan ni pulak.

Sampai di stadium aku terharu melihat suasana yang dipenuhi warna merah putih penyokong kelantan. Sepupuku Nasran & Nasrun serta budak pintu geng ramai juga yang turun sini. Aku berfikir sejenak dari mana datangnya mereka ni tak banjir kah kelantan? banyak modal mereka ni? Kerana pasukan bola mereka sanggup....

Aku bangga jadi anak kelantan.

14 Oktober 2009

Menjejak PGL

Gunung Ledang setinggi 4187 kaki terletak di dalam daerah Muar, berhampiran pekan Tangkak yang dulu amat terkenal dengan jualan kain. Kg sagil merupakan pintu masuk untuk menikmati keindahan alam dan kedamaian jiwa disini.Mengikut sejarah dizaman kesultanan Melaka, Sultan Mahmud berkenan akan kecantikan PGL telah meminang puteri ini tetapi dikenakan syarat yang amat sukar untuk dipenuhi oleh Sultan Melaka termasuklah jambatan emas, airmata anak dara, hati nyamuk, hati kuman, air pinang muda dan semangkuk darah anak sultan sendiri.

Pada zaman dahulu pun PGL ni telah tahu akan pentingnya kemudahan perhubungan seperti jambatan untuk ke Melaka. Apakah beliau telah mempunyai mikroskop untuk melihat hati kuman? Nasib baik beliau belum mingetahui tentang internet kerana sampai sekarang broadband masih tiada line disini.

Pesekitaran indah Air Terjun puteri pasti mengamit kedatangan pengunjung di hari cuti hujung minggu. Udara nyaman dalam persekitaran hutan sesuai kepada mereka yang inginkan ketenangan jiwa. Selama 2 hari aku disini bersama rakan sekerja memang dapat melupakan tekanan kerja. Perbincangan dalam keadaan santai telah menyelesaikan isu keselamatan ditempat kerja. SAFETY BEGIN WITH ME

ps : PGL tak juga ditemui tapi awek bercouple memang ramai.

30 September 2009

Tabahkan Hatimu kakakku

" Cik Ning dah masuk hospital kena bedah jap lg" masej dari Cikmah,

Cik Ning adalah panggilan untuk kakakku Rosnani (gambar) yang tengah mengandung enam bulan lebih. Sewaktu hari raya memang aku tengok memang tengah sarat, ikut kata ibuku mungkin dia akan bersalin tujuh bulan. Aku percaya kerana ibuku memang pakar dalam bidang orang perempuan ni.

"Dah selamat bersalin baby masuk ICU" ada lagi masej masuk, aku syukur dapat anak sedara lagi.

Namun sejam selepas itu "Baby dah meninggal" ada panggilan telefon memberitahuku, aku diam sambil mengucapkan takziah. Apa harus ku buat ingin telefon rasanya tak sesuai kerana fikirku mungkin fikirannya tengah bercelaru.

Esoknya pagi-pagi lagi aku telefonnya dihospital bertanyakan kabar tentang dirinya tanpa bertanyakan tentang anaknya, "baby tu dah meninggal, saya ok" katanya menberitahu tentang aruah anak lelakinya yang baru dilahirkan itu. Aku lega kerana kakakku dapat menerima takdir Ilahi dengan tabah. Tuhan lebih sayang padanya ujarku, Al-Fatihah.

Kerja selepas raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin, Setelah lebih seminggu bercuti sambil mengisi perut dengan perbagai juadah hari raya seperti ketupat, nasi himpit, nasi dagang, roti kuzi dan pastinya tidak ketinggalan bihun. Pengalaman pertama makan Nasi Kebuli dan makroni yang menjadi makan atlit kata Aman, telah menambahkan lagi berat badanku.

Ahh malasnye nak kerja.. isnin merupakan hari yang paling membosankan. Nasib baik aku kerja malam dapatlah aku berehat setelah memandu lebih 1600km di musim perayaan ini. Nada dering lagu raya Siti Nurhaliza menggangu tidurku "kau boleh masuk awal tak, aku mc" satu pertanyaan seakan arahan kedengaran. dalam keadaan separuh sedar aku mengiakan saja arahan itu.

"wtf apa lu orang kerja ni, seminggu shutdown apa bikin" kata-kata yang ingin aku luahkan setelah mengetahui masalah mesin yang membantutkan produktiviti kerja. Tetapi kusimpan saja kata-kata itu kerana amalan ramadhan yang mengajar erti kesabaran masih menebal didadaku.

Kita beruntung bekerja dinegara Malaysia yang berbilang kaum ini kerana dapat merayakan perbagai jenis perayaan yang pastinya dijadikan cuti umum."saya mahu tambah cuti ada hal" atau "Bos saya mc perut sakit makan rendang" diantara alasan yang menyebabkan majikan lebih sayang pekerja asing.

ps : hari isnin rasa malas, hari apa kau rajin?

26 September 2009

Permulaan Era

Dengan semangat yang diberikan oleh anak-anak buah ku, aku terus bersemangat untuk mencipta blog. Sebelum ini aku minat baca dan komen karangan blog dari nama-nama besar tokoh blog dalam negara.
Bagiku apa yang tertulis dalamnya adalah berdasarkan pengalaman atau kisah hidup penulisnya sendiri, tak kurang juga meluahkan rasa ketidak puasan hati yang terbuku didada. Tidak kira samada kita penyokong kerajaan 1 Malaysia atau pembangkang yang azali mahupun lalang renungkan apa yang dibaca sebelum bertindak.
Aku baru selangkah dalam melangkah kebidang blog ini, namun dalan berjalan mahupun merangkak akan aku cuba teruskan untuk berlari dan terus berlari laju macam Usin Bolt.