30 September 2009

Kerja selepas raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin, Setelah lebih seminggu bercuti sambil mengisi perut dengan perbagai juadah hari raya seperti ketupat, nasi himpit, nasi dagang, roti kuzi dan pastinya tidak ketinggalan bihun. Pengalaman pertama makan Nasi Kebuli dan makroni yang menjadi makan atlit kata Aman, telah menambahkan lagi berat badanku.

Ahh malasnye nak kerja.. isnin merupakan hari yang paling membosankan. Nasib baik aku kerja malam dapatlah aku berehat setelah memandu lebih 1600km di musim perayaan ini. Nada dering lagu raya Siti Nurhaliza menggangu tidurku "kau boleh masuk awal tak, aku mc" satu pertanyaan seakan arahan kedengaran. dalam keadaan separuh sedar aku mengiakan saja arahan itu.

"wtf apa lu orang kerja ni, seminggu shutdown apa bikin" kata-kata yang ingin aku luahkan setelah mengetahui masalah mesin yang membantutkan produktiviti kerja. Tetapi kusimpan saja kata-kata itu kerana amalan ramadhan yang mengajar erti kesabaran masih menebal didadaku.

Kita beruntung bekerja dinegara Malaysia yang berbilang kaum ini kerana dapat merayakan perbagai jenis perayaan yang pastinya dijadikan cuti umum."saya mahu tambah cuti ada hal" atau "Bos saya mc perut sakit makan rendang" diantara alasan yang menyebabkan majikan lebih sayang pekerja asing.

ps : hari isnin rasa malas, hari apa kau rajin?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan